10 September 2008

Apa Itu Kolostrum?

Google punya google, banyak juga link-link kepada maklumat tentang pengedar-pengedar susu Alpha Lipid ini. Jadi, saya mungkin "newcomer", masih mentah lagi dalam bisnes MLM Alpha Lipid.

Tidak mengapalah, sebab tujuan utama saya mewujudkan blog ini untuk memberi maklumat kepada rakan-rakan yang mengenali diri saya, tentang apakah produk Alpha Lipid Lifeline Colostrum ini, bagaimana ia dapat membantu menjadikan kehidupan kita lebih sihat, seperti tajuk blog saya ini, "Kolostrum For Life"... dan lebih menarik lagi, bagaimana ia boleh membantu kita, malah melonjakkan lagi status ekonomi kita, dalam membina perniagaan bersama Alpha Lipid Lifeline Colostrum ini!


Apa itu kolostrum? Secara ringkas, Kolostrum adalah "Susu Awal", iaitu susu yang dihasilkan mamalia pada peringkat penyusuan ibu kepada bayi. Susu ibu hanya dapat mengekalkan komposisi kolostrum selama 24 jam selepas bersalin, manakala susu lembu dapat mengekalkan komposisi sehingga 48 jam selepas melahirkan anak lembu.

Kolostrum adalah sesuai diminum oleh semua golongan umur - ahli sukan, kanak-kanak, ibu mengandung, remaja etc...

No comments: